Lilypie Breastfeeding tickers
Lilypie Second Birthday tickers

Sunday, April 29, 2012

The Thistle, Port Dickson Resort

Meh tengok gambar pemandangan dulu...

View dari balkoni


View Cik Z... waahhh banyak air...


Pada suatu hari yang indah, si arjuna menyatakan hasrat hati yang beliau ingin bercuti... cey..cey.. dah macam cerita dongeng, sudahlah!. ok macam ni ceritanya... supposed we all nak pergi Langkawi nak borong cokelat. Rumah rehat semua dah booking nasib baik belum bayar, monitor promosi Air Asia berbulan-bulan lamanya, at last tak jadi pergi kerana bukan rezeki kami pada waktu itu. Next time insyaallah!

Then, En. Hubs pun cakap jom pegi Port Dickson! bajet yang tak jagi pergi Langkawi kan ada. Me & Cik Z yey! Tapi, eh ada tapinya kan hahahaha... last minute ada hotel kah?? PD kan selalunya penuh. Since kita nak mengangkut Cik Z sekali, hotel kenalah pilih yang elok siket. Bukanya nak fikir yang bukan-bukan tapi kalau dan mak tu mak jugak kan?! tapi ayah lagi teruk hahaha...dia fikir lagi advance ke depan, nanti anak itu, anak inilah, kawan cakap macam ni, macam tulah... ok ibu tanya siapa bayar?, ayah jawab ayahlah! ibu pun lalalala... ayah punya pasal Grand Lexis pun takpe, mimpi! hahaha.

Ayah kata dun worry! AGODA kan ada. Eh apa tu? saya tak tau pun. En. Hubs memang suka bab-bab online ni, tempahan hotel lebih bijak dengan adoga katanya, macam promosi la pulak. Anda pun boleh cuba, banyak pilihan yang ada + diskaun yang mungkin anda tak dapat kalau buat direct booking. Yang best pada agoda nih ada PEMBATALAN PERCUMA so  dun worry kalau perancangan anda bertukar!

Ok... pilih punya pilih, The Thistle menjadi pilihan hati. Kat agoda tu dia ada review semua segala kemudahan dan feedback dari pelanggan. Overall ok for us dan yang penting kita enjoy!!

Tengok Cik Z, check apa yang patut dulu
selamat ke tak hahaha...

Kids Club

Children pool







Jalan-jalan

Happy face!

Oh ya! sebelum sampai sini we all singgah kat Nasi Arab Damsyik di Senawang...yum..yum.. sedap! Next post cerita.

Tuesday, April 24, 2012

Ibu Suka : Trudy & Teddy

Owhh it awesome Trudy & Teddy akan mengadakan Tea Party  pada 20 May 2012 !! macam mana saya tahu? I am 1 of 22,072 their fans dalam facebook aje, belum campur yang kat luar lagi i do not know how many hehehe... anyway the given numbers are as at April 2012 and many more to come of course, especially bakal-bakal ibu ayah!


We all bump into Trudy & Teddy since 2010. Saya sangat suka! sebab fabrik Trudy & Teddy diperbuat daripada 100% cotton, mudah menyerap peluh memang sesuai untuk Cik Z yang ada masalah kulit sensitif. Besides fabrik yang selesa, we love the design as well...European Classic style yet modern with natural color sesuai dipakai pada bila-bila masa dan dimana jua.  As a parents, kami tak jemu-jemu melihat celoteh our lil Z sambil bergaya dengan koleksi hebat dari Trudy & Teddy yang ringkas dan elegant.


CIk Z with cheeky face rasa nak geget &
one of her Trudy & Teddy collections


Anda nak juga? Do visit Trudy & Teddy page to find your nearest store locator. Dapatkan design terkini untuk yang tersayang! sebab Trudy & Teddy is An expression of a mother's love for her baby! you won't regret it!.

Thursday, February 23, 2012

Hujan Rahmat di pagi Jumaat

Pepagi pukul 3am dah terbangun sebab Cik Z buat besar punya business pastu nak nenen bagai, terus tak buleh tido. Bangun kononnya nak buat kek... eh x caya? teringin nak buat kek di pagi hari tup tap tup tap keluar masuk dapur at last tak jadik buat sebab rasa macam tak de mood, takut kek tak jadi. So, on komputer blog walking here and there. Bump into this news ADIK FARIS kat blog Mazidul Akmal. Sedih sensorang sob.



Saya pernah berhadapan dengan situasi yang sama, menjamah melalui pandangan tubuh kaku mak saya dalam wad ICU disaat sakaratul maut berada di atas kepalanya. Hanya kedengaran bacaan surah yassin oleh ahli keluarga, kalimah syahadah dari ayah ke telinga arwah dan beep mesin oksigen yang makin perlahan dan terus diam.



Semoga keluarga arwah tabah, Janji Allah Syurga sudah pasti untuknya.

Pernah terfikir bagaimana nasib kita? Maut itu pasti, ceritanya berbeza. Mohon pada Allah semoga jasad kita lengkap sewaktu mengadapNYA sepertimana lengkapnya kita sewaktu dilahirkan. Amin.

Friday, February 3, 2012

Main kat Sogo

Bagi ibu ayah yang nak pegi shopping especially kat sogo tapi anak-anak banyak ragam atau meragam, boleh la letak anak-anak kat sini. Ntah tak ingat apa nama tempatnya tapi sama level dengan customer service counter.






Cik Z & ayah ready to go


1 Jam RM 6.00 consider ok tak la mahal sangat iya tak? nak dibandingkan dengan apa yang parents nak 'pancing' jap lagi. Untuk below 3 years old kena ada guardian & price still the same tak termasuk meals. Nanti bila dah penat main ke apa ibu ayah jangan risau sebab diaorang ada offer meals, tapi semua pun fastfood la... macam hotdog, burger. Kalau dah order makan mestilah ada additional chargers.





Mainlah apa saje asalkan tak meragam dah






Nak amik gambo pun bolayan






Dapat jelingan manja je..





Mata ngantuk pun buleh tahan.


Banyak benda buleh buat kat dalam tu salah satunya main sticker drawing pasir yang kaler-kaler tuh ntah apa namanya, tonton tv... especially parents la sambil tunggu anak-anak main, ada tilam untuk golek-golek. Kalau tak nak golek-golek, buleh dok kat sofa aje. Cuma satu je rasa kurangnya sebab tak de BF room. Macam mana nak nenen kalau dah ayah-ayah yang majoritinya duduk kat situ tunggu anak. Adalah sorang dua ibu-ibu yang tersipu-sipu cari port nak nenen baby, sapelah tu?? huwakakaka...

Wednesday, January 25, 2012

Diet Ibu Menyusu


Makanan tidak pengaruhi susu ibu! betul kah??

Boleh terus baca kat sini Pa&Ma Februari 2012. Yang kat bawah ni quoted siket-siket aje.


"Si ibu tidak perlu memaksa diri untuk mengambil cecair pada jumlah tertentu. Minum sekadar untuk menghilangkan dahaga. Minum air tambahan tidak akan memberi apa-apa manfaat dalam masa yang sama tidak membantu meningkatkan bekalan susu".

Makanlah apabila berasa lapar dan minum apabila berasa dahaga.

Patutlah kekadang tuh minum punyalah bebotol konon nanti dapat banyak hasil, tapi yang banyaknya ke toilet aje haih...

Contoh menu makanan seimbang

Sarapan:
Bijirin
Buah-buahan
Minuman berprotien + kalsium
(i.e Soya, Horlics, Ovaltine)

Lunch:
Mi/Mihun sup ayam
Sayur-sayuran

Snek:
Buah-buahan
Biskut Oatmeal

Dinner:
Ikan Bakar / apa juga jenis lauk ikan
Sayur hijau
nasi

Oklah... itu aje. selamat ber'diet' dan happy breastfeeding untuk anda dan saya juga!! Pssttt... boleh kurus ke lepas nih?!

Sunday, January 15, 2012

Truly Malaysian...

Ini Durian..
I saya sukeee...
Apa persamaan To'ki dan cucunya?

Tomot...tomot!!
Eh ada lagi... ingat dah abis!
Sharing is caring... cutenya!

Friday, January 13, 2012

Nota untuk peringatan saya dan anda juga!

by Google


Tentang resume dan borang perjawatan.

Semalam saya dipilih untuk menjadi salah seorang panel semakan borang permohonan jawatan kosong. Apa yang saya nak kongsi di sini ialah... sebagai panel, saya berusaha untuk mencari SEKECIL mungkin KESALAHAN yang dilakukan oleh pemohon. Ini kerana terdapat puluhan @ ratusan permohonan bagi satu @ dua jawatan sahaja, jadi cara yang paling cepat dan tepat ialah dengan cara mencari salah pemohon selain kelayakan akedemik yang tidak mencapai standard yang dikehendaki.

dalam beratus permohonan yang disemak, kebanyakkan kesalahan 'favorite' yang dilakukan ialah:-

1. Gambar ukuran passport - ada diantara mereka yang menpunyai kelulusan setaraf tetapi ditolak kerana melatakkan gambar ala-ala mukabuku gitu... siap posing bagai... untuk peringatan saya dan anda juga, bila kita memohon untuk sesuatu jawatan Goverment / Private sekali pon tolonglah buat secara formal segala-galanya MESTI formal, takyah nak posing-posing sebab tak laku ok! bayar RM 10 amik gambar kat studio dapat 4 keping. .

2. Tertinggal salinan IC / Surat Beranak - Untuk permohonan jawatan Kerajaan salinan tersebut adalah penting bagi menentukan kita warganegara ataupun tidak. Nampak macam remehkan? tapi disebabkan ini sorry to say permohonan anda ditolak.

3. Sijil tanpa transkrip - Sijil memang senang nak dapat kan? tapi tak berguna tanpa transkrip. Dengan adanya transkrip itu menunjukkan kita telah berjaya menduduki peperiksaan seperti yang telah ditetapkan mengikut piawaian yang telah ditetapkan oleh LAN.

4. 2 permohonan 1 set sijil - Jika korang nak memohon lebih dari satu jawatan tolonglah rajin sikit untuk meng-'copy' sijil-sijil korang tuh. Tak kan kitaorang nak belah dua sijil-sijil tu kan? Dah rugi satu peluang lain.

5. Syarat wajib jawatan - Kebiasaannya, syarat wajib kalau nak kerja goverment SPM mesti lulus Bahasa Melayu aka BM paling tidak mesti kredit dan yang selebihnya kelayakkan mengikut apa jawatan yang kita pohon. Maaf bukan nak kecilkan sape-sape kat sini tapi mengikut pengalaman saya, bila kami tengok BM tak kredit atau 7D kami terus reject je yang lain tak tengok dah unless pemohon ada amik paper Julai atau paper ulangan.

Kesimpulannya, untuk peringatan saya dan anda juga.. tolonglah jangan buat kesilapan kecil yang sangat merugikan kita sendiri. Kadang-kadang kita kata orang tu masuk guna kabel, orang ni mak pak dia keje kat situ dan macam-macam lagi. Tapi hakikatnya sila tengok pada diri sendiri, lengkapkah permohonan kita? dah ikut syarat yang ditetapkan? pohon jawatan yang selayaknya kah?, Insyaallah kalau dah rezeki tak kemana.