Lilypie Breastfeeding tickers
Lilypie Second Birthday tickers

Wednesday, January 25, 2012

Diet Ibu Menyusu


Makanan tidak pengaruhi susu ibu! betul kah??

Boleh terus baca kat sini Pa&Ma Februari 2012. Yang kat bawah ni quoted siket-siket aje.


"Si ibu tidak perlu memaksa diri untuk mengambil cecair pada jumlah tertentu. Minum sekadar untuk menghilangkan dahaga. Minum air tambahan tidak akan memberi apa-apa manfaat dalam masa yang sama tidak membantu meningkatkan bekalan susu".

Makanlah apabila berasa lapar dan minum apabila berasa dahaga.

Patutlah kekadang tuh minum punyalah bebotol konon nanti dapat banyak hasil, tapi yang banyaknya ke toilet aje haih...

Contoh menu makanan seimbang

Sarapan:
Bijirin
Buah-buahan
Minuman berprotien + kalsium
(i.e Soya, Horlics, Ovaltine)

Lunch:
Mi/Mihun sup ayam
Sayur-sayuran

Snek:
Buah-buahan
Biskut Oatmeal

Dinner:
Ikan Bakar / apa juga jenis lauk ikan
Sayur hijau
nasi

Oklah... itu aje. selamat ber'diet' dan happy breastfeeding untuk anda dan saya juga!! Pssttt... boleh kurus ke lepas nih?!

Sunday, January 15, 2012

Truly Malaysian...

Ini Durian..
I saya sukeee...
Apa persamaan To'ki dan cucunya?

Tomot...tomot!!
Eh ada lagi... ingat dah abis!
Sharing is caring... cutenya!

Friday, January 13, 2012

Nota untuk peringatan saya dan anda juga!

by Google


Tentang resume dan borang perjawatan.

Semalam saya dipilih untuk menjadi salah seorang panel semakan borang permohonan jawatan kosong. Apa yang saya nak kongsi di sini ialah... sebagai panel, saya berusaha untuk mencari SEKECIL mungkin KESALAHAN yang dilakukan oleh pemohon. Ini kerana terdapat puluhan @ ratusan permohonan bagi satu @ dua jawatan sahaja, jadi cara yang paling cepat dan tepat ialah dengan cara mencari salah pemohon selain kelayakan akedemik yang tidak mencapai standard yang dikehendaki.

dalam beratus permohonan yang disemak, kebanyakkan kesalahan 'favorite' yang dilakukan ialah:-

1. Gambar ukuran passport - ada diantara mereka yang menpunyai kelulusan setaraf tetapi ditolak kerana melatakkan gambar ala-ala mukabuku gitu... siap posing bagai... untuk peringatan saya dan anda juga, bila kita memohon untuk sesuatu jawatan Goverment / Private sekali pon tolonglah buat secara formal segala-galanya MESTI formal, takyah nak posing-posing sebab tak laku ok! bayar RM 10 amik gambar kat studio dapat 4 keping. .

2. Tertinggal salinan IC / Surat Beranak - Untuk permohonan jawatan Kerajaan salinan tersebut adalah penting bagi menentukan kita warganegara ataupun tidak. Nampak macam remehkan? tapi disebabkan ini sorry to say permohonan anda ditolak.

3. Sijil tanpa transkrip - Sijil memang senang nak dapat kan? tapi tak berguna tanpa transkrip. Dengan adanya transkrip itu menunjukkan kita telah berjaya menduduki peperiksaan seperti yang telah ditetapkan mengikut piawaian yang telah ditetapkan oleh LAN.

4. 2 permohonan 1 set sijil - Jika korang nak memohon lebih dari satu jawatan tolonglah rajin sikit untuk meng-'copy' sijil-sijil korang tuh. Tak kan kitaorang nak belah dua sijil-sijil tu kan? Dah rugi satu peluang lain.

5. Syarat wajib jawatan - Kebiasaannya, syarat wajib kalau nak kerja goverment SPM mesti lulus Bahasa Melayu aka BM paling tidak mesti kredit dan yang selebihnya kelayakkan mengikut apa jawatan yang kita pohon. Maaf bukan nak kecilkan sape-sape kat sini tapi mengikut pengalaman saya, bila kami tengok BM tak kredit atau 7D kami terus reject je yang lain tak tengok dah unless pemohon ada amik paper Julai atau paper ulangan.

Kesimpulannya, untuk peringatan saya dan anda juga.. tolonglah jangan buat kesilapan kecil yang sangat merugikan kita sendiri. Kadang-kadang kita kata orang tu masuk guna kabel, orang ni mak pak dia keje kat situ dan macam-macam lagi. Tapi hakikatnya sila tengok pada diri sendiri, lengkapkah permohonan kita? dah ikut syarat yang ditetapkan? pohon jawatan yang selayaknya kah?, Insyaallah kalau dah rezeki tak kemana.