Lilypie Breastfeeding tickers
Lilypie Second Birthday tickers

Thursday, February 23, 2012

Hujan Rahmat di pagi Jumaat

Pepagi pukul 3am dah terbangun sebab Cik Z buat besar punya business pastu nak nenen bagai, terus tak buleh tido. Bangun kononnya nak buat kek... eh x caya? teringin nak buat kek di pagi hari tup tap tup tap keluar masuk dapur at last tak jadik buat sebab rasa macam tak de mood, takut kek tak jadi. So, on komputer blog walking here and there. Bump into this news ADIK FARIS kat blog Mazidul Akmal. Sedih sensorang sob.



Saya pernah berhadapan dengan situasi yang sama, menjamah melalui pandangan tubuh kaku mak saya dalam wad ICU disaat sakaratul maut berada di atas kepalanya. Hanya kedengaran bacaan surah yassin oleh ahli keluarga, kalimah syahadah dari ayah ke telinga arwah dan beep mesin oksigen yang makin perlahan dan terus diam.



Semoga keluarga arwah tabah, Janji Allah Syurga sudah pasti untuknya.

Pernah terfikir bagaimana nasib kita? Maut itu pasti, ceritanya berbeza. Mohon pada Allah semoga jasad kita lengkap sewaktu mengadapNYA sepertimana lengkapnya kita sewaktu dilahirkan. Amin.

No comments:

Post a Comment