Lilypie Breastfeeding tickers
Lilypie Second Birthday tickers

Thursday, February 23, 2012

Hujan Rahmat di pagi Jumaat

Pepagi pukul 3am dah terbangun sebab Cik Z buat besar punya business pastu nak nenen bagai, terus tak buleh tido. Bangun kononnya nak buat kek... eh x caya? teringin nak buat kek di pagi hari tup tap tup tap keluar masuk dapur at last tak jadik buat sebab rasa macam tak de mood, takut kek tak jadi. So, on komputer blog walking here and there. Bump into this news ADIK FARIS kat blog Mazidul Akmal. Sedih sensorang sob.



Saya pernah berhadapan dengan situasi yang sama, menjamah melalui pandangan tubuh kaku mak saya dalam wad ICU disaat sakaratul maut berada di atas kepalanya. Hanya kedengaran bacaan surah yassin oleh ahli keluarga, kalimah syahadah dari ayah ke telinga arwah dan beep mesin oksigen yang makin perlahan dan terus diam.



Semoga keluarga arwah tabah, Janji Allah Syurga sudah pasti untuknya.

Pernah terfikir bagaimana nasib kita? Maut itu pasti, ceritanya berbeza. Mohon pada Allah semoga jasad kita lengkap sewaktu mengadapNYA sepertimana lengkapnya kita sewaktu dilahirkan. Amin.

Friday, February 3, 2012

Main kat Sogo

Bagi ibu ayah yang nak pegi shopping especially kat sogo tapi anak-anak banyak ragam atau meragam, boleh la letak anak-anak kat sini. Ntah tak ingat apa nama tempatnya tapi sama level dengan customer service counter.






Cik Z & ayah ready to go


1 Jam RM 6.00 consider ok tak la mahal sangat iya tak? nak dibandingkan dengan apa yang parents nak 'pancing' jap lagi. Untuk below 3 years old kena ada guardian & price still the same tak termasuk meals. Nanti bila dah penat main ke apa ibu ayah jangan risau sebab diaorang ada offer meals, tapi semua pun fastfood la... macam hotdog, burger. Kalau dah order makan mestilah ada additional chargers.





Mainlah apa saje asalkan tak meragam dah






Nak amik gambo pun bolayan






Dapat jelingan manja je..





Mata ngantuk pun buleh tahan.


Banyak benda buleh buat kat dalam tu salah satunya main sticker drawing pasir yang kaler-kaler tuh ntah apa namanya, tonton tv... especially parents la sambil tunggu anak-anak main, ada tilam untuk golek-golek. Kalau tak nak golek-golek, buleh dok kat sofa aje. Cuma satu je rasa kurangnya sebab tak de BF room. Macam mana nak nenen kalau dah ayah-ayah yang majoritinya duduk kat situ tunggu anak. Adalah sorang dua ibu-ibu yang tersipu-sipu cari port nak nenen baby, sapelah tu?? huwakakaka...